Pages

Followers

Monday, November 12, 2012

sedikit sudah


Sedikit bebas sudah mahu peha,
diberi peha dipilih dada.

Sedikit hitam putih sudah mahu pelangi,
tapi tarian berus masih gagal menari.

Sedikit pulau sudah mahu negara,
diberi bukit didatar segera.

Sedikit manis sudah mahu segunung gula,
diberi bungkus bertabur adanya.

Sedikit kerja sudah mahu jadi ketua,
diberi sedikit tiada hasilnya.

Sedikit marah sudah mahu bakar negara,
dikata hak kita bersuara

Sedikit bisik sudah mahu melantang suara,
cerita benar sedikit pun tiada.

Diberi sedikit patut dihargai,
tak harap balasan walaupun seinci.
oleh taufiq azmi

Saturday, November 10, 2012

Gila Kuasamodo


Berita akan pengetuk loceng,
dikabarkan ada membawa muatan,
mungkin dia bawa yang baik,
mungkin dia bawa yang sebalik,

jika kita yang diberi kuasa,
untuk memilih muatan sikuasa modo,
biar kita pilih dengan cerdik
agar sigila tidak jadi pemikul,
kerana yang jernih pasti akan jadi keruh.


Wednesday, April 11, 2012

Ulat Batu

Cari Makan dalam Batu kot


Tunduk Pencipta





Masakan kamu boleh berdiri sama tinggi dengan langit,
dan sama taraf dengan awan.
Masakan kamu boleh menyentuh kumulus tanpa izinnya.

Kamu hanya kecil,
maka tak salah kamu tunduk
agar kamu dapat melihat bayang-bayang,
kurniaan dari asalnya.
oleh taufiq azmi




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails