sedikit sudah


Sedikit bebas sudah mahu peha,
diberi peha dipilih dada.

Sedikit hitam putih sudah mahu pelangi,
tapi tarian berus masih gagal menari.

Sedikit pulau sudah mahu negara,
diberi bukit didatar segera.

Sedikit manis sudah mahu segunung gula,
diberi bungkus bertabur adanya.

Sedikit kerja sudah mahu jadi ketua,
diberi sedikit tiada hasilnya.

Sedikit marah sudah mahu bakar negara,
dikata hak kita bersuara

Sedikit bisik sudah mahu melantang suara,
cerita benar sedikit pun tiada.

Diberi sedikit patut dihargai,
tak harap balasan walaupun seinci.
oleh taufiq azmi

Comments

Popular Posts